YANGON - MYANMAR . Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda rantau Bago di Myanmar pada pagi Jumaat, lapor agensi berita Xinhua, memetik Jabatan Meteorologi dan Hidrologi.

Gempa berlaku pada pukul 12.56 pagi waktu tempatan dan pusat gempa adalah 27.3 kilometer di barat daya bandar Phyu.

Dua gempa susulan berukuran 5.3 magnitud turut berlaku dalam tempoh beberapa minit kemudian, menurut kenyataan dari Jawatankuasa Gempa Bumi Myanmar.

Gegaran dirasai di seluruh negeri termasuk Yangon, Taungoo, Phyu, Pyi dan Nay Pyi Taw, kata pegawai jabatan itu kepada Xinhua.

Tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa setakat ini. - Bernama