LONDON - BRITAIN. Istana Kensington akhirnya berkongsi foto rasmi perkahwinan diraja Putera Harry dan kekasih hatinya aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle menerusi akaun Twitter.

Pasangan terbabit mengakhiri percintaan mereka dalam satu majlis gilang-gemilang di Gereja St George Sabtu lalu dengan Markle diihat menggayakan gaun pengantin pereka Britain, Clare Waight Keller.

Putera Harry dan Meghan Markle bergambar bersama pengiring cilik . - Foto Twitter Istana Kensington

Putera Charles mengiringi Markle pada hari bahagianya selepas bapa aktress tersebut terpaksa menarik diri disebabkan masalah kesihatan, manakala Putera Harry diapit abangnya, Putera William.

Dianggarkan sekitar 600 tetamu berada di Istana Windsor Castle untuk menyaksikan perkahwinan Duke and Duchess of Sussex tersebut, turut kelihatan selebriti terkenal seperti David Beckham dan Oprah Winfrey.

Putera Harry dan Meghan Markle. - Foto Twitter Istana Kensington

Lebih 6 juta pengguna menghantar mesej di Twitter semasa hari perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markel dengan 5.2 #royalwedding turut digunakan.