NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf, mendedahkan dia diberi amaran oleh Facebook yang akaunnya boleh ditamatkan.

Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.

“Kami menerima amaran dari (Facebook), mungkin kerana imej-imej mangsa yang cedera dan maut yang dipaparkan oleh para penyumbang dan wartawan rakyat agak mengerikan," katanya yang dipetik dari sebuah portal berita alternatif, Countercurrentnews.com kelmarin.

Pihak Facebook bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci bahagian mana kemas kini statusnya yang melanggar syarat, sedangkan Naomi mengakui dia pernah melihat banyak imej-imej mengerikan berkaitan Holocaust di Facebook sebelum ini.

Naomi yang merupakan bekas penasihat politik telah menerbitkan antara buku terlaris di AS iaitu ‘The Beauty Myth’.

Keberaniannya dalam melahirkan pandangan dan pendapat terhadap serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan dia diminati dan diikuti pelbagai invididu termasuk rakyat tempatan, umat Islam dan orang Yahudi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Dua calon utama Presiden Amerika Syarikat (AS) dilihat sependapat untuk menolak penyelesaian dua negara membabitkan konflik Palestin-Israel.
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengibarkan bendera negara itu di bangunan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatun (PBB) buat pertama kalinya pada Rabu.
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Duta Palestin ke PBB mengecam Majlis Keselamatan PBB (UNSC) kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap insiden pencerobohan terbaharu ke atas Masjid al-Aqsa.
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Palestin telah mengemukakan cadangan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meminta benderanya dikibarkan di ibu pejabat badan dunia itu.
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Asia Barat, semalam mendedahkan, tiada rumah yang dibina semula di Genting Gaza lapan bulan selepas Israel menamatkan perang di kawasan kepungan itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.