BRUSSELS - BELGIUM. Eksekutif Kesatuan Eropah (EU) bakal mengadakan mesyuarat minggu ini bersama kumpulan penulis laporan Myanmar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengatakan tentera negara itu mempunyai niat melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya.

Jurucakap Suruhanjaya Eropah berkata, apa juga bentuk tindakan EU perlu dibincangkan dengan negara anggota.

Jurucakap itu berkata, laporan PBB adalah tepat pada masanya kerana keadaan Myanmar masih sangat serius.

Laporan kumpulan penyiasat mendedahkan ketua tentera dan lima jeneral perlu didakwa kerana merancang jenayah berat. - Reuters