NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan berbincang mengenai hubungan dua hala dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Donald Trump di New York pada Khamis, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Menurut sumber, kedua-dua pemimpin dijangka bertemu pada pukul 10 malam waktu tempatan (1900 GMT) dan akan membuat kenyataan bersama selepas pertemuan itu.

Erdogan berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu selain mengadakan pertemuan dengan pemimpin dunia.

Pertemuan antara Erdogan dan Trump dijangka menyentuh mengenai isu global dan hubungan dua hala.

Antaranya isu ekstradisi Fetullah Gulen yang dituduh kerajaan Turki menjadi dalang rampasan kuasa yang digagalkan pada 15 Julai tahun lepas.

Cubaan rampasan kuasa itu menyebabkan sekurang-kurangnya 246 orang terbunuh dan lebih 2,200 lagi cedera. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.