TRIPOLI - Enam orang maut manakala lebih 20 lagi cedera dalam kejadian letupan bom kereta di Benghazi timur bandar Libya pada lewat Khamis, lapor agensi berita Xinhua.

Kejadian berlaku di jalan Jamal Abdannaser berhampiran Hotel Tibisti, Capt, kata seorang jurucakap keselamatan Tariq al-Kharraz kepada saluran TV tempatan Libya Al-Hadath.

"Terlalu awal untuk mendedahkan sebarang maklumat kejadian itu mempunyai kaitan dengan serangan pengganas," kata jurucakap itu.

Benghazi, bandar kedua terbesar di Libya, sering menjadi sasaran serangan bom kereta dan pengebom bunuh diri, kerana tahap kawalan keselamatan yang semakin longgar. - Bernama