WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Misi membawa dua orang pelancong melawat bulan sekitar penghujung tahun 2018 di umumkan oleh Syarikat Roket Swasta, SpaceX lapor BBC.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk berkata kedua-dua pelancong tersebut telah pun membayar deposit untuk membolehkan perjalanan tersebut.

“Perjalanan ini membuka peluang pada manusia untuk kembali ke angkasa lepas buat kali pertama selepas 45 tahun.

“Kedua-dua penumpang kapal angkasa tersebut juga akan mengembara lebih jauh ke dalam sistem solar,” katanya.

Tambah Musk lagi, ini merupakan kerjasama Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) dan syarikatnya membuatkan rancangan tersebut menjadi kenyataan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pelancong tersebut dan mendakwa ia bukan sesiapa dari ‘Hollywood’.

“Kami menjangka untuk menjalankan ujian kesihatan dan kecergasan dan juga latihan dalam tahun ini, kedua-dua mereka tahu dan faham akan risiko yang dihadapi.

“Sementara itu, kami juga akan lakukan apa yang mampu untuk mengurangkan risiko tersebut namun tidaklah ke tahap sifar,” katanya lagi.

Pelancong tersebut akan berpeluang mengelilingi, memerhati permukaan bulan namun tiada pendaratan akan dilakukan.