BERLIN - JERMAN. Dua juruterbang maut selepas pesawat ringan dipandu mereka bertembung di udara, petang semalam.

Insiden jam 4.10 petang itu berlaku enam kilometer dari Lapangan Terbang Schwabisch Hall, selatan Jerman ketika pesawat cuba mendarat.

Menurut jurucakap polis, jarak penglihatan yang terhalang dipercayai menjadi punca salah seorang juruterbang bertembung dengan pesawat ringan microlight.

Maklumat terperinci berhubung insiden masih dalam siasatan. - Dailymail