WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Tindakan dua jet pejuang SU-30 milik China memintas pesawat Amerika Syarikat yang direka untuk mengesan radiasi ketika ia terbang di ruang antarabangsa di Laut China Timur, kelmarin disifatkan sebagai 'tidak profesional'.

"Isu tersebut sedang ditangani bersama Beijing guna saluran diplomatik dan ketenteraan sesuai," kata jurucakap tentera udara AS, Leftenan Kolonel, Lori Hodge.

Menurutnya, pencirian kejadian itu adalah berdasarkan laporan awal dari kru pesawat WC-135 Constant Phoenix tentang kelajuan dan jarak kedua-dua pesawat.

"Jarak sentiasa mempunyai kaitan bagaimana kita cirikan interaksi. Susulan itu, siasatan insiden pintasan sedang dijalankan," katanya.    

Difahamkan, pesawat milik As itu sedang menjalankan misi rutin dan beroperasi mengikut undang-undang antarabangsa.

Pada 8 Februari lalu, pesawat pengintip tentera luat AS, P-3 dan jet pejuang milik China dilaporkan terbang rapat pada jarak 305 meter antara satu sama lain di Beting Scarborough di Laut China Selatan dalam satu insiden tidak sengaja, namun disifatkan berbahaya. 

Sebelum ini, China mengemukakan tuntutan ke atas sebahagian besar wilayah yang menjadi pertikaian maritim di Laut China Selatan dan Laut China Timur. - Agensi

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.