WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) menyaksikan satu perubahan baru apabila calon Republikan, Donald Trump menang dengan 276 undi mengalahkan calon Demokratik, Hillary Clinton.

Trump memenangi jawatan tersebut setelah berjaya menakluki Wisconsin dengan mendapat 10 undi terakhir mendapatkan 276 undi tersebut.

Para pengundi di sana nyata lebih mempercayai kata-kata ahli perniagaan selebriti tersebut berbanding dengan bekas setiausaha Amerika Syarikat itu.

Sebelum ini, Clinton mengatasi Trump dalam undian awal serta sebanyak 36 daripada 50 negeri termasuk swing state, Florida dan Ohio menawarkan proses pengundian awal membolehkan pengundi di kawasan terbabit membuang undi sebelum hari mengundi yang berlangsung semalam.

Trump memenangi bandar-bandar besar seperti Kansas,Missouri, Indiana, Ohio, West Virginia, Oklohoma, Arkansas, Texas, Lousiana, Missisippi, Alabama, Tennesse, Kentucky, West Virgina dan South Carolina,Iowa, Utah, Pennsylvania dan Georgia.

Manakala, Clinton pula memenangi Colorado, New Mexico, Illinois, New York, Vermont, Massachussets, Rhode Island, Connecticut, New Jersey, District of Colombia, Maryland,Hawaii Delaware,Washington,Virgina dan Nevada .

Kelihatan penyokong-penyokong Trump bersorak kemenangan  dan bertepuk tangan apabila poll menunjukkan  beliau berjaya memenangi Presiden.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • WASHINGTON - PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kelmarin akhirnya menyokong langkah melarang stok peranti senjata atau aksesori yang boleh mengubah senjata semi automatik.
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyalahkan Biro Penyiasatan Awam (FBI) dan penggubal undang-undang kerana gagal mengesan petunjuk serangan tembakan rambang di sebuah sekolah di Parkland, minggu lalu.
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Peguam peribadi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kelmarin, mendedahkan dia membayar AS$130,000 (RM510,536) menggunakan wangnya sendiri kepada seorang pelakon lucah yang mendakwa ada hubungan sulit dengan jutawan hartanah tersebut.
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif baharu untuk terus membuka pusat tahanan kontroversi di Teluk Guantanamo di Cuba.
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pelbagai spekulasi berhubung keadaan rumah tangga Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersama isterinya, Melania Trump selepas pendedahan yang mengaitkan jutawan hartanah itu dengan beberapa wanita.