LIAONING - CHINA. Seorang doktor disiasat selepas dituduh meminta bayaran tambahan dari seorang pesakit yang sedang dibedahnya, minggu lepas.

SCMP mengatakan mangsa, Jiang Meng, 20 mengatakan dia disahkan mengalami jangkitan serviks di sebuah hospital di Dalian, Jumaat lepas.

Doktor yang hanya dikenali sebagai Wang berkenaan menyuruh mangsa menjalani pembedahan segera dan Meng membenarkannya.

Mangsa kemudian mengatakan doktornya menunjukkan sebuah kad yang mempunyai kod QR dan mendakwa mangsa perlu menjalani pembedahan tambahan dengan bayaran AS$286 (RM1,136.62).

Mangsa kemudian menggunakan kredit akaun WeChat Pay untuk membayar tersebut.

Selanjutnya, mangsa menulis mengenai pengalamannya tersebut di laman sosial China Weibo dan yang kemudian menarik perhatian Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga China.

Jurucakap hospital terlibat pula mengatakan doktor atau pakar bedah membawa kad QR untuk prosedur dan rawatan adalah perkara normal.

Dakwaan Meng masih disiasat.