ROME - ITALI. Tiga doktor di sebuah hospital di Naples digantung tugas kerana merawat pesakit kecemasan ketika mereka berbaring di atas lantai.

Pegurus Daerah Kesihatan Awam, Antonietta Costantini  mengesahkan pergantungan tersebut dan berkata pakar perubatan perlu memberitahu pihak pengurusan bahawa bilik kecemasan kekurangan pengusung

Bagaimanapun Menteri Kesihatan Itali, Beatrice Lorenzin mempertahankan doktor berkenaan  sebagai wira yang telah melakukan terbaik dalam keadaan serba kekurangan

Pesakit selesema dan meningtis membanjiri bilik kecemasan Itali ketika musim percutian apabila ramai doktor bercuti.

Penggantungan diarahkan selepas sebuah video yang dimuat naik di Internet tersebar memaparkan beberapa doktor di Hospital Nola merawat pesakit yang berbaring terus di lantai dan yang hanya beralaskan selimut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.