WELLINGTON - NEW ZEALAND. Seorang doktor dilaporkan menulis surat kepada seorang senator di Malaysia dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap etika pemakaian pramugari sebuah syarikat penerbangan tempatan.

News.com.au mengatakan Dr June Robertson 'jijik' melihat pramugari syarikat penerbangan tersebut yang didakwanya terlalu pendek.

Dia yang sering berulang-alik ke Malaysia menerangkan butiran beberapa kejadian secara teliti dalam surat tersebut.

"Saya boleh nampak seluar dalam seorang pramugari yang sedang membongkok di KLIA 2. Sangat teruk!" kata Robertson.

Foto sumber News.com.au

Dalam kejadian lain, blaus seorang pramugari didapati terbuka luas sehingga menampakkan buah dada semasa wanita tersebut menunduk untuk menyediakan makanan.

"Saya bengang dan minta dia tutup jaket," kata Robertson.

Robertson menegaskan, dia suka kepada Malaysia kerana rakyatnya berpakaian sopan.

"Merujuk kepada pakaian sesetengah pramugari yang seksi, perkara tersebut boleh merosakkan imej Malaysia," kata Robertson.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :