Presiden Jerman Christian Wulff
$entry.content.caption.value

BERLIN - Presiden Jerman Christian Wulff mengumumkan pendiriannya meletakkan jawatan selepas pihak pendakwa raya memutuskan untuk menggugurkan imuniti dinikmati beliau.

Selaku sekutu kepada Canselor Angela Merkel, Wulff sebelum ini dilaporkan berhadapan dengan skandal pinjaman perumahan yang beliau terima ketika menyandang jawatan perdana menteri Lower Saxony.

Ekoran perkembangan itu, Merkel membatalkan lawatan ke Itali hari ini.

Media-media Jerman menyifatkan krisis itu sesuatu yang jarang berlaku dalam era pascaperang Jerman.

Wulff dilantik menjadi Presiden Jerman dua tahun lalu. Merkel berkerja keras untuk memastikan Wulff dilantik sebagai presiden.

Merkel berkata, beliau menerima keputusan meletak jawatan itu dengan rasa hormat tetapi kesal dengan perkembangan ini.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.