NAIROBI - KENYA. Golongan wanita warga emas di Kenya dikatakan perlu menguasai ilmu pertahanan diri seperti karate.

Ini kerana mereka berdepan dengan ancaman rogol yang semakin meningkat dan berleluasa setiap hari.

Memetik laporan AJ+, wanita emas menjadi sasaran perogol disebabkan mereka lebih ‘bersih’ dari sebarang gejala HIV.

Salah seorang wanita yang ditemu bual, Jane,55, memberitahu, dia pernah diserang oleh beberapa lelaki secara seksual.

Menurut Jane, dengan mudah, dia mengalahkan kesemua penyerang sebelum mereka sempat berbuat apa-apa kepadanya.

“Salah seorang daripada mereka memegang tengkuk saya. Saya lawan dan tumbangkan dia. Kemudian saya lawan seorang demi seorang,” katanya dalam temu bual bersama AJ+.

Seramai 20 ahli mengikuti kelas karate setiap hari, yang mana setiap orang daripadanya merupakan wanita warga emas.

Difahamkan, ahli paling tua menyertai kelas karate setiap hari bersama mereka berumur 85 tahun.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • NAIROBI - Lapan lagi negara Afrika memohon menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dalam usaha meningkatkan penglibatan perdagangan negara dari benua itu di peringkat global.
  • NAIROBI - KENYA . Pemimpin pembangkang Kenya, Raila Odinga semalam mendakwa berlaku penipuan besar-besaran dalam pilihan raya dan menolak keputusan awal yang menyaksikan pesaing lamanya, Presiden Uhuru Kenyatta mendahului beliau.
  • NAIROBI - KENYA. Facebook minggu ini melancarkan cara baharu bagi membantu pelayarnya mengetahui berita palsu susulan Pilihanraya Presiden Kenya yang menyaksikan penyokong calon-calon menggunakan platform dalam talian, lapor Reuters.
  • NAIROBI - Enam pesakit maut apabila perkhidmatan hospital kerajaan di beberapa negeri di Kenya tidak dapat beroperasi sepenuhnya selepas jururawat mengadakan mogok kerana kelewatan perjanjian berhubung kenaikan gaji, kata seorang pegawai kesatuan.
  • NAIROBI - KENYA. Sekurang-kurangnya 26 maut dan ramai lagi cedera selepas sebuah bas bertembung dengan trak di lebuhraya di antara Nairobi dan Mombasa, lapor AFP.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.