NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita maut manakala 22 yang lain cedera selepas seorang lelaki merempuh kawasan pejalan kaki di Times Square, semalam.

Menurut laporan BBC, pemandu Richard Rojas, 26, yang merupakan seorang anggota tentera kini ditahan untuk siasatan.

Sebelum terbabas, Richard merempuh kawasan pejalan kaki disepanjang tiga blok bangunan.

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menolak motif berkenaan keganasan dalam kejadian tersebut.

Richard Rojas. - Foto BBC

Pemeriksaan ke atas Richard mendapati suspek mempunyai kandungan sintetik marijuana yang dikenali sebagai K2 di dalam badan.

Laporan Reuters pula mengatakan Richard 'berhasrat untuk mati' dalam kejadian tersebut.

"Saya sepatutnya ditembak!" jerit Richard ketika ditangkap polis.

Richard juga mendakwa beliau mendengar 'suara' menyuruhnya melanggar orang ramai.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Alyssa Elsman, 18 dan adik perempuanya yang berusia 13 tahun cedera ringan.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.