NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Menantu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dimasukkan ke hospital selepas membuka sampul surat mengandungi serbuk putih.

Reuters mengatakan Vanessa mendakwa berasa loya selepas terdedah kepada bahan tersebut.

Ketika kejadian, terdapat dua lagi individu berhampiran Vanessa dan mereka juga dirawat di hospital.

Jurucakap polis Carlos Nieves mengatakan surat tersebut ditujukan kepada suami mangsa, Donald Trump Jr.

Bagaimanapun, serbuk putih itu disahkan bebas toksik dan tidak berbahaya selepas diperiksa di makmal.

Sementara itu, Trump Jr mengecam tindakan individu menghantar surat itu.

"Sangat menjijikkan kerana sesetengah pihak memilih cara paling teruk untuk menyuarakan pendapat mereka," kata Trump Jr di laman mikro Twitter.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :