BEIJING - Alasan tertidur atau ketinggalan bas adalah jawapan biasa yang diterima guru-guru seluruh dunia apabila pelajar mereka lewat memasuki kelas.

Namun agak berlainan bagi murid sekolah rendah di Chongqing, barat daya China yang mempunyai alasan pelik iaitu tersangkut di celah dinding konkrit.

Peristiwa itu berlaku selepas dia mencuba untuk meloloskan diri menerusi ruang yang hanya berjarak 10 sentimeter sahaja namun tidak berjaya berikutan kepala dan bahagian belakang badannya tersekat ditengah-tengah ruang berkenaan.

Kemudian, gurunya yang menyedari akan kehilangan muridnya ketika sesi kelas bermula selepas waktu rehat, bertindak membantu kanak-kanak malang itu sehingga terpaksa meminta bantuan pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkannya.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.