NAIROBI - KENYA. Seorang kanak-kanak berusia satu setengah tahun berjaya diselamatkan dari runtuhan sebuah bangunan empat hari lalu di ibu negara Kenya, Nairobi, lapor BBC.

Persatuan Palang Merah Kenya berkata, bayi perempuan itu ditemui dalam runtuhan pada jam 4.00 petang waktu tempatan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Kediaman enam tingkat runtuh akibat hujan lebat Jumaat lalu dan mengorbankan 22 orang sementara berpuluh yang lain masih terperangkap dan harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup pudar.

Kira-kira 135 berjaya diselamatkan dalam runtuhan bangunan, lapor media tempatan.

Pemilik bangunan akan dihadapkan di mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh tanpa niat.

Samuel Karanja Kamau ditahan pada Isnin dan pegawai berkata, lelaki itu tidak mempunyai kebenaran menyewakan 119 bilik di bangunan tersebut.

Bagaimanapun, Samuel tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.