BEIJING - CHINA. Seorang budak perempuan berdepan detik yang sukar dilupakan apabila kepala dan sebahagian badannya terperangkap antara dua tembok.

Memetik laporan portal antarabangsa, kepala kanak-kanak malang itu tersekat ketika bermain pada waktu rehat di sekolahnya di daerah Lingbi, Suzhou.

Ibu mangsa yang berada di tempat kejadian terpaksa mengangkat dan menampung tubuh mangsa bagi mengurangkan tekanan serta kesakitan pada kepala mangsa.

Kakitangan sekolah kemudiannya menghubungi pasukan bomba bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Pada mulanya, pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian cuba menggerudi satu tembok untuk melepaskan kanak-kanak tersebut.

Bagaimanapun, cubaan tersebut tidak berjaya memandangkan tembok itu boleh runduh dan menghempap budak perempuan itu.

Mereka kemudiannya menggunakan kertas pasir untuk mengikis tembok berkenaan sebelum melumurkan kepala kanak-kanak itu dengan minyak dan menarik keluar kanak-kanak tersebut dengan selamat.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.