NEW DELHI - INDIA. Sekumpulan ibu bapa yang berang berhimpun di luar sebuah sekolah kerajaan di New Delhi hari ini selepas seorang budak perempuan berusia tujuh tahun didakwa dinoda oleh juruelektrik di premis itu.

Kes dilaporkan selepas keluarga mendapati mangsa mengalami pendarahan dan memfailkan aduan semalam.

“Pemeriksaan perubatan ke atas mangsa sudah dilakukan dan keputusan mendedahkan petunjuk jelas serangan seksual,” kata jurucakap Polis New Delhi, Madhur Verma.

Menurut Verma, juruelektrik berusia 37 tahun itu ditangkap selepas dikenal pasti mangsa.

Media tempatan melaporkan, suspek yang diupah sekolah berkenaan sebulan lalu, menarik mangsa ke dalam bilik pam air yang tersorok ketika mangsa mahu pulang ke rumah. - AFP