BANGKOK – THAILAND. Dua puluh enam pelancong dari China nyaris maut apabila sebuah bot laju yang mereka naiki terbakar dan meletup di perairan Krabi, destinasi pelancongan yang terkemuka di selatan Thailand, menyebabkan beberapa penumpang cedera.

Ketua Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Krabi, Paisarn Khunsri berkata bot laju itu, "King Poseidon 959" sedang dalam pelayaran ke Pulau Phi-Phi apabila insiden itu berlaku pada 12.30 tengah hari (waktu tempatan).

"Laporan awal menyebut tiga daripada mangsa cedera parah, tiga cedera sederhana sementara beberapa orang yang tidak diketahui bilgan mereka cederra ringan," kata beliau.

Penumpang yang cedera dihantar ke beberapa hospital berdekatan termasuk Hospital Phi-Phi, Hospital Krabi dan Hospital Phuket ungtuk rawatan segera.

Menurut Paisarn, pihak berkuasa tempatan akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca insiden. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :