TEXAS - AMERIKA SYARIKAT .  Seorang wanita transgender yang dijangkiti virus HIV sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit, semata-mata mahu mengubah dirinya seperti seekor naga.

Eva Tiamat Medusa berkata, dia sanggup melakukan transformasi itu kerana tidak mahu mati sebagai manusia.

Difahamkan, Eva telah membelanjakan hampir RM230,000 bagi kos 'mencacatkan' wajahnya.

Selain mencacah tatu pada wajah dan seluruh badannya, Eva turut membuang kedua belah cuping telinga.

Pondan berusia 53 tahun ini turut menanam lapan tanduk kecil di dahinya.

"Saya ada dua ibu...yang melahirkan saya dan satu lagi seekor ular.

"Disebabkan itu saya nekad menjadi naga. Jadi, saya tidak kisah membuang cuping telinga, menanam tanduk di dahi dan membelah lidah.

"Apa yang penting hati saya gembira. Saya tidak perlu fikir dan layan tanggapan orang lain," katanya.

Tambah Eva, dia akan melakukan lebih banyak pembedahan pada masa hadapan, bagi melengkapkan transformasinya. - metro.uk