MOSTA - MALTA. Seorang penulis blog yang aktif mengecam isu rasuah kerajaan maut selepas keretanya meletup.

Menurut laporan BBC, kereta dipandu Daphne Caruana Galizia, 53, meletup sejurus keluar dari rumahnya di Bidnija, semalam.

Anak-anak mangsa yang terdengar letupan tersebut bergegas keluar dan mendapati kenderaan ibu mereka sudah hancur.

Saluran televisyen nasional mengatakan Daphne pernah membuat laporan polis mengenai beberapa ugutan tetapi tidak memberikan maklumat sepenuhnya.

Daphne sebelum ini mengecam perdana menteri, Joseph Muscat dan isterinya yang terlibat dalam skandal 'Panama Papers'.

Daphne juga menyasarkan pemimpin-pemimpin parti pembangkang selain menganggap kestabilan politik negaranya sebagai 'darurat'.

Kes tersebut dibuka sebagai kes bunuh dan kenderaan mangsa disyaki dipasang dengan sebuah bom.

Malta telah meminta bantuan antarabangsa termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dari Amerika Syarikat (AS) untuk mencari suspek kes berkenaan.

Sementara itu, perdana menteri Malta mengecam kejadian pengeboman tersebut.

"Saya mengecam tindakan ganas ke atas individu dan ke atas kebebasan bersuara negara ini," kata Joseph.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.