SEORANG lelaki yang telah memuat naik foto ke laman Facebooknya ketika berada di Masjid Nabawi, Madinah telah menimbulkan kemarahan netizen.

Media Israel telah mengesahkan lelaki tersebut adalah Ben Tzion, warganegara Israel merupakan seorang blogger.

Memetik laporan BBC.Indonesia, Ben Tzion dikatakan seorang yang gemar melawati negara Islam.  

“Orang-orang yang saya dtemuinya di negara-negara Muslim bersikap ramah,” tulis laporan itu yang memetik kata-kata Ben Tzion.

Pun begitu, gambar itu mengundang rasa kurang senang netizen terhadap Ben Tzion.

Gambar-gambar yang dimuat naik Ben Tzion ke laman sosial facebook miliknya. -Foto: Facebok/Ben Tzion

Menurut mereka, Ben Tzion seperti mempersendakan agama lain apa lagi dengan status di laman blognya yang menyebut orang Islam suka dan menyintai Israel dan orang Yahudi.

Selain itu, mereka marah apabila Ben Tzion boleh sampai ke Mekah sedangkan ia adalah hanya untuk orang Islam sahaja.

Sebelum ini, Ben Tzion pernah ke Iran, Lebanon, Yordania.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HANOI - VIETNAM. Bencana alam termasuk 14 taufan, ribut, banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Vietnam tahun ini, menyebabkan 386 penduduk terkorban atau hilang, selain mengakibatkan kerugian harta benda bernilai US$2.6 bilion, menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar pada Jumaat.
  • MILLAS - PERANCIS. Empat kanak-kanak maut selepas sebuah bas dilanggar kereta api sehingga putus dua di landasan diantara Millas dan Saint-Feliu-d'Amont, petang semalam.
  • KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan menganjurkan persidangan mengenai Dialog Antara Agama di Asia Selatan dan Asia Tenggara, di Bangkok dari 18 hingga 20 Disember dan julung kali diadakan di Thailand.
  • THE HAGUE - BELANDA. Dua orang maut manakala tiga lagi cedera dalam dua insiden tikam menikam pada Khamis di bandar Maastricht yang terletak di selatan wilayah Limburg, Belanda, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis pada awal pagi Jumaat.
  • BANJUL - JERMAN. Seramai 1,500 warga Gambia yang tiba di Jerman tanpa dokumentasi, akan dihantar pulang ke negara asal, kata Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.