CHENGDU - CHINA. Bersih mata menggunakan bilah pisau, kedengaran mengerikan namun itu dilakukan seorang warga emas dari Chengdu.

Xiong Gaowa, 62, yang menjalankan perniagaan itu sejak sekian lama, menggunakan teknik kuno berkenaan bagi membersihkan kotoran pada kelopak mata pelanggannya didakwa bertujuan mencerahkan penglihatan mereka.

Xiong dilihat membersihkan terlebih dahulu bilah pisau yang digunakannya, sebelum 'mengikis' kelopak mata pelanggannya, lapor Shanghaiist.

Walaupun, prosedur itu mungkin kelihatan menakutkan, Xiong mendakwa dia tidak pernah mencederakan sesiapa sejak empat dekad menjalankan rawatan tersebut.

Menurutnya, rawatan itu membantu orang ramai untuk melihat dengan lebih baik namun hanya dijalankan kepada pelanggan berusia 30 tahun ke atas.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.