GRIMSBY - BRITAIN. Bekas pemain Manchester City dibebaskan dari dakwaan merogol seorang wanita ketika mangsa berada dalam keadaan mabuk.

Dailymail mengatakan mahkamah semalam mendapati George Glendon, 22 memang berupaya untuk merogol mangsa ketika kejadian, tetapi mangsa tidak menyertakan bukti secukupnya.

Clendon sebelum ini menafikan merogol wanita terbabit pada hari kejadian, 21 Februari 2016.

Kata Clendon kepada mahkamah, dia menafikan dakwaan menunggu mangsa di luar sebuah kelab malam di Cleethorpes untuk membawa mangsa mengadakan hubungan seks.

Sebaliknya, Clendon mengatakan dia membantu wanita tersebut kerana 'risau dengan keselamatan mangsa'.

Selanjutnya, Clendon membawa mangsa pulang ke kediamannya sebelum digoda wanita tersebut.

"Dia yang buka seluar saya," kata Clendon sambil menambah hubungan intim berkenaan hanya berlaku selama lima saat dan dengan kebenaran wanita tersebut.

Dalam perbicaraan hari ini, beberapa pihak termasuk bekas teman wanita Clendon, pengarah pasukan bola sepak kelab Glasgow Rangers dan seorang bekas pegawai kanan polis hadir di mahkamah untuk mempertahankan Clendon.

Pihak-pihak tersebut menyifatkan Clendon seorang yang sopan dan tidak pernah berkelakuan tidak senonoh.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :