PARIS - PERANCIS. Syarikat pengangkutan awam Paris RATP mengumumkan seorang bayi lelaki yang dilahirkan di kereta api bawah tanah akan mendapat perjalanan percuma sehingga berusia 25 tahun.

RATP dalam kenyataannya semalam, bayi tersebut dilahirkan di dalam kereta api di tengah Paris sehingga menyebabkan laluan trafik di jalur RER A tergendala.

Pasukan penyelamat terpaksa dipanggil bagi membantu ibu dan bayi tersebut, sebelum kedua-duanya dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Berita mengenai kelahiran bayi tersebut dipaparkan di skrin lalu lintas kereta api Paris. - AP