PERTH - AUSTRALIA. Pelombong di Australia Barat telah menemui dua batu bertatahkan emas terbesar yang dianggarkan bernilai jutaan dolar.

Menurut jurucakap syarikat pelombongan Kanada, RNC Minerals, spesimen terbesar seberat 95 kilogram (kg) itu mengandungi lebih 2,400 auns emas.

Manakala spesimen kedua terbesar seberat 63 kg mengandungi 1,600 auns emas bernilai C$2.6 juta (RM8.2 juta).

Emas bernilai kira-kira C$15 juta (RM47 juta) telah digali dari lombong berhampiran Kalgoorlie pada minggu lalu dan ia disifatkan sebagai penemuan jarang berlaku. - BBC