SANAA - YAMAN. Bank darah negara Yaman bakal menghadapi penutupan lengkap dalam tempoh seminggu berikutan penderitaan berterusan negara itu akibat kempen ketenteraan maut oleh Arab Saudi.

Pengarah kemudahan, Ayman al-Shihari memberi amaran bahawa penutupan akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan sedia ada di negara tersebut.

"Kami kehabisan bekalan. Penutupan bank darah boleh membawa kepada bencana kemanusiaan di mana kemudahan ini menerima sehingga 3,000 kes sebulan," jelasnya.

Kes diterima termasuk penyakit barah, talasemia, kegagalan buah pinggang dan mereka yang cedera dalam peperangan.

Menurutnya, bank darah Yaman juga masih belum mendapat bantuan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kenyataan Ayman dibuat selepas organisasi Doktor Tanpa Sempadan (MSF) memaklumkan kepada pihak bank bahawa ia telah menangguhkan bantuannya selepas lebih dua tahun berkhidmat.

MSF memberi sumbangan terakhirnya kepada bank darah pada Jun lalu selepas ia menandatangani perjanjian dengan WHO dan bekalan hanya bertahan selama dua bulan. - Press TV

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.