BANGKOK - THAILAND. Sebahagian besar selatan Thailand kekal banjir selepas lebih daripada seminggu hujan lebat dan kerajaan mengerahkan bantuan kecemasan kepada lebih sejuta penduduk yang terjejas.

Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, banjir disifatkan sebagai banjir terburuk yang melanda rantau itu hampir 50 tahun dan setakat ini telah meragut 25 nyawa manakala dua orang hilang.

"Kira-kira 1.1juta penduduk dari 369,680 keluarga di 12 wilayah di selatan Thai terjejas akibat banjir," kata ketua jabatan Chatchai Promlet dalam kemas kini harian mengenai bencana itu

12 wilayah di selatan Thailand yang terjejas akibat banjir adalah Pattalung, Narathiwat, Songkhla, Pattani, Trang, Yala, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Chumpon, Ranong, Prachuab Kiri Khan dan Krabi.

Menurut laporan CNA, banjir meluas telah merosakkan lima kemudahan kerajaan, 218 jalan raya dan 59 jambatan.

Hujan lebat di wilayah Prachuab Kiri Khan malam tadi menyebabkan Lebuhraya Phetkasem, penyambung utama di selatan Thailand terputus apabila salah satu daripada jambatan menghubungkan kepadanya telah dihanyutkan oleh arus deras.

Kerajaan telah mula membina sebuah jambatan sementara untuk menggantikan jambatan yang rosak, kata ketua pegawai pentadbiran di wilayah itu Somporn Patchimphet.

Beliau berkata hospital daerah Bangsapan di wilayah itu dilanda banjir semalam, memaksa pihak berkuasa memindahkan pesakit ke tingkat yang lebih tinggi dan ke hospital berdekatan.

Banjir juga telah ditutup dengan lapangan terbang di Nakhon Si Thammarat dan kereta api di selatan dalam. - CNA

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANGKOK - THAILAND. Kira-kira 55 laluan utama di ibu negara Thailand ditenggelami banjir sehingga paras lutut selepas bandar tersebut dilanda hujan lebat, kelmarin.
  • BANGKOK - THAILAND. Sekurang-kurangnya 23 maut banjir di kawasan pertanian dan menyebabkan kerugian AS300juta (RM1.28b) kata Kementerian Dalam Negeri, lapor Reuters.
  • BANGKOK - THAILAND. Jumlah korban akibat banjir selama tiga minggu di selatan Thailand, disifatkan pihak berkuasa sebagai paling buruk dalam masa 50 tahun, mencapai 80 orang, kata Jabatan Pencegahan dan Kawalan Bencana.
  • BANGKOK - THAILAND. Kerajaan Thailand mengucapkan terima kasih kepada negara lain yang menghulur bantuan kepada mangsa banjir di 12 wilayah di selatan negara itu.