TOKYO - JEPUN. Angka kematian akibat banjir susulan hujan luar biasa yang melumpuhkan sebahagian Jepun bertambah menjadi 179, kata jurucakap kerajaan hari ini.

Media tempatan melaporkan, operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mencari puluhan lagi mangsa yang masih hilang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Angka kematian banjir Jepun meningkat 122 orang]

Banjir ini dianggap  bencana berkaitan cuaca paling buruk di negara itu dalam masa tiga dekad. - AFP