SEOUL - KOREA SELATAN. Seorang askar Korea Utara ditembak ketika berpaling tadah (defecting) ke Korea Selatan, Isnin lalu.

Menurut laporan CNN, askar tersebut meninggalkan pos kawalan di Zon Bebas Tentera (DMZ) dan menaiki kenderaan menuju ke garisan sempadan.

Mangsa kemudian meninggalkan kenderaan dan melarikan diri ke arah Korea Selatan sebelum ditembak askar Korea Utara yang lain.

Kenyataan dari Kementerian Pertahanan Korea Selatan mengatakan mangsa dipindahkan untuk dirawat.

Kenyataan sama juga mengesahkan mangsa terkena tembakan di bahagian siku dan bahu.

Kejadian Isnin lalu merupakan insiden ketiga tahun ini selepas dua kes berpaling tadah berlainan, Jun lalu.

Sebelum 2017, hanya terdapat empat kes askar Korea Utara berpaling tadah iaitu satu kes pada 2016, satu kes pada 2015 dan dua kes pada 2012.

Ketika ini, Korea Utara mempunyai lebih 1.2 juga askar aktif dan kira-kira 7.7 juta askar lagi dalam simpanan.

Korea Utara merupakan antara negara yang mempunyai angkatan tentera darat terbesar di dunia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.