SEMBILAN negara dipercayai mempunyai senjata nuklear yang mana AS dan Rusia menduduki senarai teratas, masing-masing dianggarkan 7,000 kepala peledak nuklear.

Manakala Korea Utara hanya mempunyai kurang daripada 20.

Jadi, bagaimana ujian senjata nuklear Jong-un dianggap sebagai paling berbahaya berbanding kira-kira 2,000 kepala peledak nuklear sedia dilancarkan dimiliki Trump?

Perang retorik yang tercetus sepanjang minggu lalu turut menyaksikan Pyongyang mengancam untuk melancarkan serangan ke atas Guam yang merupakan wilayah Amerika Syarikat di Pasifik sebagai respons terhadap provokasi Trump.

Walaupun terdapat banyak laporan bertentangan tentang angka itu, data Persekutuan Saintis Amerika (FAS) pada Julai lalu mendapati Washington mempunyai 6,800 kepala peledak nuklear berada di tangga kedua selepas Rusia yang memiliki kira-kira 7,000 senjata sama.

Baru-baru ini, tentera AS mengisytiharkan Washington mempunyai 806 ICBM, peluru berpandu dilancarkan dari kapal selam (SLBM) dan pengebom berat serta 1,722 kepala peledak.

Bulan lalu, laporan Agensi Risikan Pertahanan AS mendakwa sehingga 60 senjata nuklear kini dikawal oleh Jong-un.

Laporan lain mendedahkan Pyongyang telah menyeragamkan kepala peledak nuklearnya kepada saiz kecil untuk disesuaikan dengan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang mana jarak jangkauannya boleh mencapai sejauh New York atau Washington

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TOKYO - JEPUN. Menteri Luar Jepun, Taro Kono pada Isnin menyatakan sokongan Tokyo terhadap perjanjian nuklear Julai 2015 yang dimeterai antara Iran dengan lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Jerman, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.
  • PYONGYANG - KOREA UTARA. Pyongyang mengugut untuk menggunakan senjata nuklearnya keatas Jepun selepas negara tersebut cuba meyakinkan dunia supaya memaksa Korea Utara menghentikan program nuklearnya.
  • TOKYO - JEPUN. Selepas enam tahun dilanda bencana, laporan terkini mendapati ada bahan api nuklear yang mungkin dicairkan di dalam loji nuklear Fukushima.
  • SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Selatan akan menghentikan rancangan untuk membina loji tenaga nuklear baharu dan tidak akan memanjangkan jangka hayat loji sedia ada, dalam usaha bagi menamatkan tenaga nuklear di negara itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.