WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) didakwa melancarkan ujian misil balistik antara benua (ICBM) berpotensi nuklear, Minuteman III secara rahsia.

Peluru berpandu tidak bersenjata itu berupaya terbang sejauh 13,000 kilometer itu dilancarkan dari Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di California, awal semalam. 

"Peluncuran ujian dipercayai telah berlaku apabila peluru berpandu dilancarkan melengkapkan laluan penerbangannya dalam koridor keselamatan ditetapkan, peralatan berfungsi dengan baik, data sensor dikumpulkan dan impak terhadap sasaran.

"Walaupun kenderaan masuk kembali mencapai sasaran dicadangkan. Analisis data dan ujian tidak dapat didedahkan kepada umum," menurut satu kenyataan. 

Ia bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang lokasi yang disasarkan dalam ujian itu.

Beberapa sumber tidak menolak kemungkinan ujian itu dilakukan di kawasan berhampiran Atol Kwajalein di Kepulauan Marshall yang biasa digunakan tentera AS untuk operasi seumpama itu.

Ujian misil itu dibuat menjelang pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sekitar bulan depan.

Washington sebelum ini mengecam ujian kepala peledak nuklear dan misil balistik yang dilakukan Pyongyang hingga mencetuskan perang retorik antara kedua-dua pemimpin negara terbabit. - Press TV