PYONGYANG - KOREA UTARA. Korea Utara mengutuk latihan kententeraan besar-besaran yang dijalankan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan, di perairan berhampiran Semenanjung Korea bermula Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Latihan itu, membuktikan terdapat percubaan di pihak AS dan Korea Selatan untuk "mewujudkan peperangan di Semenanjung Korea", kata jurucakap sebuah Jawatankuasa Kecemasan Pan-Korea dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, AS dan Korea Selatan sedang mencari peluang untuk membuat "serangan sangkal" (penyerangan, penyerbuan atau pencerobohan ke atas hak orang lain berdasarkan hak tertentu) ke atas Korea Utara.

Lantaran itu, beliau memberi amaran bahawa Korea Utara akan bertindak balas "menamatkan serangan dengan hanya satu bedilan sahaja" sekiranya kedua-dua pihak berhasrat melakukan serangan.

AS dan Korea Selatan memulakan latihan ketenteraan terbesar minggu ini dengan memperkenalkan pesawat tempur berkuasa nuklear Ronald Reagan, tiga kapal selam nuklear dan lebih 40 kapal perang termasuk Aegis dan pesawat pejuang. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.