WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) berang dengan tindakan Arab Saudi dan sekutu yang masih menyekat laluan bantuan kemanusiaan ke Yaman.

Menurut laporan Al-Jazeera, Arab Saudi dan sekutunya menyekat laluan darat dan udara sementara berjuta-juta rakyat Yaman mengalami kebuluran, penularan penyakit dan pelbagai kesusahan lagi.

"Kami minta Arab Saudi dan sekutu membenarkan pendegaran bantuan kemanusiaan dan barang-barang komersial kritikal, antaranya minyak di semua pelabuhan Yaman," kata satu kenyataan dari White House, semalam.

Washington juga meminta Arab Saudi dan sekutunya membuka semula laluan udara komersial menuju ke lapangan terbang Sanaa.

Arab Saudi juga dilaporkan mengebom bahagian utara Yaman dan menyebabkan 23 orang awam terkorban.Agensi Persatuan Palang Merah mengatakan 80 peratus rakyat Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan untuk hidup.

Sekatan menyeluruh ke Yaman dikenakan oleh Arab Saudi dan sekutunya Oktober lalu selepas mendakwa pihak pemberontak Houthi di Yaman menembak misil yang disasarkan ke ibu kota Arab Saudi, Riyadh.

Kejadian bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh yang dibunuh pemberontak Houthi pula langsung memburukkan lagi keadaan di Yaman, selain mengeruhkan situasi kemanusiaan di negara berkonflik tersebut.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :