RIYADH - ARAB SAUDI. Arab Saudi mengutuk keputusan presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang disifatkan sebagai tidak adil dan tidak bertanggungjawab.

Memetik laporan BBC.com, tindakan Trump yang mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel itu adalah ketika negara itu sedang berhadapan kritikan antarabangsa.

Nasib Baitulmaqdis adalah salah satu isu yang paling sukar ditangani antara Israel dan Palestin.

Lapan dari 15 buah negara yang kini menjadi anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meminta badan itu mengadakan mesyuarat segera mengenai keputusan AS pada akhir minggu ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Iktiraf Baitulmuqaddis cabuli hak rakyat Palestin]

Dalam masa sama, perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengucapkannya sebagai ‘hari bersejarah’ buat mereka.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :