TOKYO - JEPUN. Angka kematian akibat banjir yang melanda beberapa bahagian di Jepun, meningkat kepada 199 orang, sementara puluhan lagi penduduk dilaporkan masih hilang.

Menurut jurucakap kerajaan Jepun, Yoshihide Suga, misi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa bencana.

“Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengunjungi salah satu wilayah yang ditimpa bencana itu semalam, dan beliau merancang untuk melawat satu lagi kawasan yang teruk dilanda banjir, esok,” kata Suga.

[ARTIKEL BERKAITAN : Banjir Jepun kini ragut 179 nyawa]

[ARTIKEL BERKAITAN : Angka kematian banjir Jepun meningkat 122 orang]

Abe turut membatalkan lawatan ke empat negara yang dijadualkan minggu ini, berikutan peningkatan angka kematian akibat bencana berkenaan.

Ketika ini, sekurang-kurangnya 10,000 penduduk yang berpindah atau diselamatkan kini berlindung di pusat penempatan sementara.

Kerajaan berjanji menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang ingin pulang ke rumah masing-masing.

“Kami akan memastikan penduduk terbabit tidak perlu tinggal lama dan dalam keadaan tidak selesa di pusat perlindungan sementara,” kata Abe. - AFP