DHAKA - BANGLADESH.  Wabak difteria, penyakit yang biasa menjangkiti kanak-kanak telah meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa penduduk Rohingya terutamanya golongan budak kini semakin membimbangkan di kem pelarian menempatkan etnik minoriti itu di Bangladesh.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 3,600 kes jangkitan telah direkodkan.

Ketua jururawat di unit khas difteria dikendalikan badan amal perubatan Doctors without Borders (MSF) memaklumkan, kebanyakan kanak-kanak Rohingya tiba di kem pelarian tersebut dengan gejala teruk.

"Ia adalah situasi yang sangat mencabar kerana kesukaran untuk mendapatkan vaksin," kata Carla Pla.

Menurutnya, hampir 600 pelarian telah dihantar ke pusat kemudahan perubatan tersebut sejak ia dibuka pada bulan lalu di mana doktor turut bergelut dengan masalah malnutrisi, penyakit bawaan air dan wabak lain.

Sementara itu, Pengarah Kecemasan WHO di Asia Tenggara, Roderico Ofrin memaklumkan, tujuh klinik lapangan untuk merawat penyakit yang menyebabkan kesukaran bernafas dan boleh menyebabkan kegagalan jantung juga telah dibuka.

Difahamkan, kira-kira 160,000 kanak-kanak dijangka menerima suntikan vaksin pada bulan ini. - AFP

Artikel berkaitan yang patut anda baca :