BUENOS AIRES - ARGENTINA. Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun dirakam diangkat ibunya pada bahagian rambut dan menendang bahagian belakang mangsa gara-gara peranti tabletnya yang hilang.

Dailymail mengatakan wanita terbabit menyalahkan anaknya kerana 'tersalah letak' peranti terbabit.

Mangsa yang merupakan anak paling tua dari tiga adik beradik juga ditampar dengan kuat beberapa kali sebelum diangkat ibunya.

Video kejadian yang dirakam saudara wanita terbabit pantas tular di media sosial dan disiasat pihak polis dan jabatan kebajikan kanak-kanak.

Mangsa dan dua adiknya kini dijaga oleh jabatan kebajikan sementara ibunya ditahan reman atas dakwaan mendera kanak-kanak.