SEOUL -  KOREA SELATAN. Operasi di tapak ujian nuklear utama Pyongyang dilaporkan meningkat selepas situasi semakin tenang di Semenanjung Korea susulan dialog yang berlangsung beberapa hari lalu.

Laman 38North mendedahkan imej satelit tersebut menunjukkan peningkatan aktiviti di tapak Punggye-ri.

"Korea Utara meneruskan usaha mengekalkan potensi pusat kemudahan tersebut untuk ujian nuklear pada masa depan," menurut program Amerika Syarikat-Seoul itu dalam satu kenyataan.

Gambar terbaru tersebut menunjukkan Terowong Utara yang menjadi lokasi ujian nuklear Pyongyang berada dalam mod tidak aktif, namun aktiviti penggalian terowong telah meningkat.

"Di lokasi lain, terdapat aktiviti luar biasa yang mana 100 hingga 120 personel dilihat berbaris di halaman," ujarnya.    

Difahamkan, lima daripada enam ujian nuklear Pyongyang sebelum ini telah diadakan di bawah gunung Mantap di Punggye-ri. - AFP

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEOUL - Gegaran semula jadi berkekuatan 2.5 skala Richter dilaporkan berlaku berhampiran tapak nuklear Korea Utara, semalam yang merupakan gegaran keempat direkodkan sejak ujian baharu dijalankan di kawasan itu.
  • SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Selatan akan menghentikan rancangan untuk membina loji tenaga nuklear baharu dan tidak akan memanjangkan jangka hayat loji sedia ada, dalam usaha bagi menamatkan tenaga nuklear di negara itu.
  • SEOUL - KOREA SELATAN. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un memuji kejayaan terbaharu ujian peluru berpandu jarak sederhana dan turut memberi ancaman secara terus kepada pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pasifik, menurut media tempatan, semalam.
  • SEOUL - KOREA UTARA. Kerajaan Korea Utara didakwa telah menghasilkan tambahan enam atau lebih senjata nuklear dalam tempoh 18 bulan lalu, dan menjadikan anggaran senjata mereka setakat ini kepada lebih 21 buah.