SYDNEY - AUSTRALIA. Ahli politik Pauline Hanson membuat kejutan apabila mengenakan niqab sewaktu hadir di sidang Parlimen.

Pemimpin parti One Nation ini dilihat seolah-olah menghina agama Islam dengan memakai pakaian seumpama itu.

Memetik laporan BBC.com, Hanson ketika dalam sidang mengajukan pertanyaan kepada Speaker Dewan, George Brandis adakah dia perlu membuka niqabnya.

“Tidak perlu berbuat demikian, kerana kita tidak melarang penggunaan niqab di sini,” jawab Brandis sambil menerima tepukan daripada anggota senat yang lain.

Hanson dikenali sebagai seorang yang anti Islam.

Tidak berapa lama selepas itu, Hanson membuka niqabnya.

Hanson membuka niqab beberapa minit selepas sidang bermula. - Foto BBC

Dalam sebuah kenyataannya, Hanson berkata larangan menggunakan pakaian yang menutupi keseluruhan tubuh seseorang wanita harus dibuat memandangkan Australia sebuah negara yang moden.

Usul larangan itu akan dibahaskan pada Khamis ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.