JUCHITAN - MEXICO. Gempa kuat yang melanda Mexico minggu lalu menyebabkan 96 maut manakala 2.5 juta penduduk terjejas dan memerlukan bantuan, lapor Reuters.

Gabenor negeria Oaxaca, Alenjandro Murat memberitahu televisyen tempatan, angka kematian di negeri itu meningkat kepada 76 dan laporan awal menunjukkan sekurang-kurangnya 12,000 rumah rosak dan memberi amaran angka itu mungkin akan meningkat.

Murat berkata, sejuta penduduk di Oaxaca memerlukan makanan, air, elektrik dan bantuan untuk membina semula rumah yang rosak sementera negeri jiran Chiapas lokasi paling hampir dengan pusat gempa itu turut menyaksikan hampir  1.5juta penduduk terjejas.

"Kami bersatu dalam menghadapi krisis kemanusiaan ini," kata Murat.

Gempa bumi 8.1 magnitud di pantai Chiapas melanda Mexico City dan mengakibatkan kemusnahan merentasi sempadan Mexico di bahagian Tehuantepec.

16 orang dilaporkan terbunuh di negeri Chiapas dan empat lagi di Tabasco yang berdekatan dengan gempa itu. Kebanyakan kematian di Oaxaca dicatatkan di bandar Juchitan, di mana lebih daripada 5,000 buah rumah musnah.

Gempa itu adalah yang paling kuat melanda Mexico lebih lapan dekad dan lebih kuat daripada bencana pada tahun 1985 yang membunuh beribu-ribu orang di Mexico City

Institut seismologi Mexico berkata, lebih daripada 1,000 gegaran gempa susulan dicatatkan kawasan itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.