DHAKA – BANGLADESH. Sekurang-kurangnya lapan mayat Rohingya yang melarikan diri dari keganasan di Rakhine ditemui di Teluk Bengal dekat sempadan tenggara Bangladesh dengan Myanmar pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

Pegawai Balai Polis Teknaf Md Abdul Majid memberitahu Xinhua, mayat berkenaan dijumpai terapung di Teluk Bengal dekat Pulau Shah Porir di daerah Teknaf.

"Lapan mayat itu ditemukan pagi ini," katanya.

Namun maklumat mengenai berapa jumlah bot yang terbalik dan bila kejadian berlaku tidak dapat dinyatakan. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DHAKA - BANGLADESH. Bangladesh mahu tingkatkan tekanan ke atas Myanmar untuk mengambil semula 700,000 pelarian Rohingya yang berlindung di negara itu sejak lebih sedekad lalu.
  • DHAKA - BANGLADESH . Kerajaan Myanmar mesti melindungi hak penduduk minoriti Rohingya.
  • DHAKA - BANGLADESH. Bangladesh telah menentukan untuk menempatkan semula minoriti Islam Rohingya ke pulau Teluk Bengal dan menegaskan langkah itu hanya sementara kerana Myanmar perlu mengambil mereka kembali.
  • DHAKA - BANGLADESH. Sekurang-kurangnya 65,000 penduduk Islam Rohingya di Myanmar melarikan diri ke Bangladesh, sejak tentera melancarkan tindakan keras di barat laut negeri Rakhine, Oktober lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.