HOUSTON - Lapan orang termasuk suspek terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah rumah di utara Texas pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut televisyen tempatan KHOU TV, anggota polis negeri Plano menembak mati suspek sebaik tiba di lokasi kejadian.

Plano sebuah bandar di timur laut Dallas-Fort Worth kira-kira 410 kilometer di utara Houston, Texas.

Selain itu, polis turut menemukan sembilan mangsa, tujuh daripadanya maut di tempat kejadian sementara dua lagi dihantar ke hospital.

Semua mangsa dipercayai orang dewasa. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.