JAKARTA - Enam juta tenaga kerja Indonesia (TKI) yang sedang berkhidmat di luar negeri telah memberi banyak sumbangan kepada negara asal mereka termasuk membantu mengatasi masalah kemiskinan, kata Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat.
“Jasa TKI luar biasa, ada enam juta TKI di luar negeri. Tugas kerajaan di manapun mengurangi kemiskinan dan pengangguran. Dari wang TKI roda perekonomian
boleh bergerak.
"Dari enam juta TKI yang bekerja di luar negeri 30 juta anggota keluarga tidak miskin, TKI juga boleh menggiatkan ekonomi kecil dan sederhana,” katanya ketika
bercakap pada satu perbincangan di bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), di sini hari ini.
Jumhur berkata tidak ada kekuatan apapun yang boleh menghalang migrasi ke luar negeri kerana ia merupakan alasan struktural dan orang ingin berpindah
termasuk kerana perbezaan upah yang lebih layak dan kesejahteraan yang lebih baik.
“Di Eropah Timur terdapat ribuan (pihak) yang memerlukan pekerja Indonesia, meski demikian TKI kita sudah ada di 116 dari jumlah 119 negara yang menerima
pekerja migran,” katanya. - Bernama





