RIYADH - ARAB SAUDI. Kira-kira 53 penumpang cedera selepas pesawat Airbus A330 milik syarikat penerbangan Arab Saudi terpaksa mendarat cemas di Jeddah ketika dalam perjalanan dari Madinah menuju ke Dhaka, Bangladesh.

Biro Siasatan Penerbangan Arab Saudi (AIB), berkata, pesawat yang membawa 151 penumpang itu, dilencongkan ke Jeddah lewat semalam, selepas mengalami masalah sistem hidraulik.

"Semua penumpang berjaya dipindahkan menggunakan tangga kecemasan.

"Seramai 52 daripada penumpang mengalami cedera ringan, manakala seorang penumpang wanita cedera akibat retak ketika dipindahkan dan sedang menerima rawatan.

"Pihak AIB sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian," kata AIB dalam satu kenyataan.

Media tempatan melaporkan, pesawat itu dilaporkan terbang di kawasan udara Jeddah selama beberapa jam, selepas gear mendarat gagal berfungsi dan memaksa juruterbang membuat pendaratan cemas. - AFP