NEW DELHI - INDIA.Seramai 50 orang dilaporkan maut apabila sebuah bas yang membawa penganut agama Hindu dilaporkan terjunam dalam sebuah lembah di selatan India, hari ini.

Bas membawa 80 penumpang itu sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah kuil Hindu terkenal, Kondagattu Anjaneya Swamy di Telangana, apabila ia tiba-tiba terbabas.

Nahas menyebabkan cermin bas pecah, dan penduduk tempatan bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang masih hidup dari bas yang remuk.

Beberapa penyelamat terpaksa memanjat ke atas bas, sementara yang lain cuba mengeluarkan mangsa yang cedera melalui bahagian depan bas.

“Lebih separuh mereka yang maut adalah wanita, termasuk sekurang-kurangnya tiga orang kanak-kanak,” kata pegawai tempatan, G. Narendhar. - AFP