$entry.content.caption.value
LONDON - Pemilik News International, Rupert Murdoch menegaskan, beliau komited untuk terus menerbitkan akhbar palis laris di UK, The Sun meskipun lima editor dan wartawannya ditahan berhubung dakwaan memberi sogokan kepada polis dan kakitangan awam.
Mereka merupakan sebahagian daripada lapan yang ditahan dan kemudian dilepaskan dengan diikat jamin.
Tiga yang lain terdiri daripada seorang pegawai Surrey Police dan kakitangan angkatan tentera dan seorang dari Kementerian Pertahanan.
Editor The Sun, Dominic Mohan berkata, beliau terkejut dengan penangkapan itu tetapi memberi jaminan akan terus mengetuai operasi akhbar tersebut.
Menurut laporan BBC, Ketua Eksekutif News International, Tom Mockridge telah mengeluarkan satu memo kepada para pekerjanya, antara lain berkata, The Sun memiliki sejarah yang membanggakan dalam menghidangkan berita-berita yang menggegarkan bidang kewartawanan.
"Saya telah menerima jaminan peribadi daripada Rupert Murdoch hari ini mengenai komitmen padu untuk memiliki dan menerbitkan terus akhbar The Sun," katanya.
Murdoch dijangka akan menemui pekerjanya di sini lewat minggu ini.





